Showing posts with label Fatimah. Show all posts
Showing posts with label Fatimah. Show all posts

Monday, January 17, 2011

SITI ZAINAB (CUCU RASULULLAH SAW)

Siti Zainab adalah adik kandung dari Hasan dan Husin.Dia dilahirkan di Madinah pada 1 Sya'ban 5 H. Sebelum kelahiran puteri Sayyidina Ali yang ketiga ini, puteri Rasulullah SAW yang bernama Zainab wafat. Maka untuk mengenang puterinya yang baru meninggal, Rasulullah SAW memberi nama bayi yang baru lahir dari puterinya yang tercinta Fatimah dengan nama yang sama iaitu Zainab. Di masa kecil Zainab hidup dalam bimbingan Datuknya (Rasulullah SAW) dan di bawah asuhan kedua orang tuanya (Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad). Tidak berlebihan apabila beliau disebut sebagai salah seorang wanita paling istimewa dalam kalangan ahli bait (keluarga Rasulullah SAW) kerana Zainab telah menimba ilmu secara langsung dari saudara kandungnya dan kedua orang tuanya.

Siti Zainab menikah dengan anak bapa saudaranya (sepupu) iaitu Abdullah bin Ja'far bin Abi Thalib dan dikurniakan empat putera (Ali, Muhammad, Abbas, dan A'un) dan seorang puteri (Ummu Kaltsum). Dua puteranya Muhammad dan A'un gugur bersama bapa saudaranya (Husin) dalam perang Karbala.

Siti Zainab merupakan sumber ilmu dan suri tauladan bagi kaum muslimah kerana hampir seluruh hidupnya telah dicurahkan bagi kepentingan pengembangan agama Islam terutama dalam mencetak para cendekiawan muslimah. Beliau telah mendirikan sekolah-sekolah di Madinah dan Kufah, Iraq. Beliau juga termasuk ahli tafsir, fiqh dan perawi hadith. Sayyidah Zainab hijrah ke Karbala bersama abangnya (Husin). Setelah peristiwa Karbala, beliau kembali lagi ke Madinah dan pada masa Khalifah Abdul Malik bin Marwan beliau bersama-sama dengan suaminya pergi ke Syam dan tinggal di desa Ghutha, suatu perkampungan di pinggiran kota Damaskus. Beliau wafat pada tahun 65 H dalam usia 60 tahun.

Wednesday, January 12, 2011

FATIMAH AZ ZAHRA - Puteri Kesayangan Rasulullah SAW

Abban bin Tughlab pernah bertanya kepada Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa): Mengapa Fathimah digelari Az-Zahra’? Ia menjawab: “Kerana Fathimah (sa) memacarkan cahaya pada Ali bin Abi Thalib tiga kali di siang hari. Ketika dia melakukan solat sunat di pagi hari, dari wajahnya memancar cahaya putih sehingga cahayanya memancar dan menembus ke kamar orang ramai di Madinah dan dinding rumah mereka diliputi cahaya putih. Mereka hairan atas kejadian itu, lalu mereka datang kepada Rasulullah saw dan menanyakan apa yang mereka saksikan.

Kemudian Nabi saw menyuruh mereka datang ke rumah Fathimah. Lalu mereka mendatanginya, ketika sampai di rumahnya mereka melihat Fathimah sedang solat di mihrabnya. Mereka melihat cahaya di mihrabnya, cahaya itu memancar dari wajahnya, sehingga mereka tahu bahawa cahaya yang mereka saksikan di rumah mereka adalah cahaya yang terpancar dari wajah Fathimah (sa).

Ketika Fathimah (sa) melakukan solat sunat di tengah hari cahaya kuning memancar dari wajahnya, cahaya itu menembus ke kamar rumah orang ramai, sehingga pakaian dan tubuh mereka diliputi oleh cahaya berwarna kuning. Lalu mereka datang kepada Rasulullah saw dan bertanya tentang apa yang mereka saksikan. Nabi saw menyuruh mereka datang ke rumah Fathimah (sa), saat itu mereka melihat dia sedang berdiri dalam solat sunat di mihrabnya, cahaya kuning itu memancar dari wajahnya pada dirinya, ayahnya, suaminya dan anak-anaknya, sehingga mereka tahu bahawa cahaya yang mereka saksikan itu adalah berasal dari cahaya wajah Fathimah (sa).

Ketika Fathimah (sa) melakukan solat sunat di penghujung siang saat mega merah matahari telah tenggelam wajah Fathimah memancarkan cahaya merah sebagai tanda bahagia dan rasa syukur kepada Allah Azza wa Jalla. Cahaya itu menembus ke kamar orang ramai sehingga dinding rumah mereka merah. Mereka hairan atas kejadian itu. Kemudian mereka datang lagi kepada Rasulullah saw menanyakan kejadian itu. Nabi saw menyuruh mereka datang ke rumah Fathimah (sa).

Ketika sampai di rumah Fathimah mereka melihat ia sedang duduk bertasbih dan memuji Allah, mereka melihat cahaya merah memancar dari wajahnya. Sehingga mereka tahu bahawa bahwa cahaya yang mereka saksikan itu berasal dari cahaya wajah Fathimah (sa). Cahaya-cahaya itu selalu memancar di wajahnya, dan cahaya itu diteruskan oleh putera dan keturunannya yang suci hingga hari kiamat.” (Bihârul Anwar 43: 11, hadis ke 2)