Showing posts with label Tok Janggut Kelate. Show all posts
Showing posts with label Tok Janggut Kelate. Show all posts

Wednesday, October 8, 2008

KEADAH RAWATAN DI QALBUN SALIM

RAWATAN SYAR'IYYAH TERPADU
Menangani yang Ghaib Sesuai Syariat

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan kepada ke Hadhrat Allah SWT. Selawat dan salam semoga sering tercurah kepada junjungan kita semua, suri tauladan kita : Nabi Muhammad SAW.
Kini telah hadir di pangkuan anda sebuah rawatan terpadu yang dikhususkan bagi mereka yang mengalami keluhan-keluhan jasmani dan rohani dan ingin dirawat dengan Rawatan Syar’iyyah. Anda akan didampingi oleh Dr. Hj. Shahrin Abd.Rahman yang berpengalaman sejak usianya 13 tahun lagi dalam bidang kerohanian.

Apa itu Rawatan Syar’iyyah Terpadu?
Rawatan Syar’iyyah Terpadu merupakan kaedah pengubatan yang menggunakan pendekatan selain dari masalah medikal. Dalam pengubatan ini segala kaedah diandalkan dari penggunaan ubat-ubat tradisional tempatan seperti jamu, akar kayu yang sudah dikenali seperti halia, kunyit, hempedu bumi dan sebagainya sehinggalah pada bahan yang dirahsiakan, herba tempatan, homoepathy, reflexology, acupressure, urutan, shiatsu, aromatherapy, water therapy (mandian), akupuntur. Pendekatan lain seperti menggunakan tenaga dalam yang mampu mempercepatkan proses penyembuhan hinggalah menggunakan pembacaan ayat suci Al Quran (Ruqyah) dan do'a tertentu yang diyakini secara spiritual memiliki kekuatan penyembuhan.

Dengan berbagainya kaedah pengubatan ini, memang tidak ada bukti yang tepat untuk dilihat oleh pesakit, tetapi pesakit cukup merasakan proses kesembuhan atas penyakit yang mereka alami / deritai.

Rawatan Syar’iyyah Terpadu menggunakan berbagai kaedah yang relevan sesuai dengan penyakit yang dideritai oleh pesakit. Prof.Dr.Hj.Shahrin Abd.Rahman tidak terburu-buru menggunakan pendekatan spiritual, tetapi mengetengahkan proses rasional seperti menggunakan ramuan tradisonal yang sudah dikenal khasiatnya dan rawatan zahiriah seperti melalui tapak tangan, telinga, kaki dan saraf-saraf tertentu.

Beliau juga menggunakan pendekatan spiritual yang mengajak pesakit untuk sentiasa dekat dengan Allah SWT. Dengan keimanan yang cukup, maka proses kesembuhan dapat segera terlaksana. Disamping itu penggunaan ilmu-ilmu hikmah yang bersumber pada Al-Qur'an dan Hadis, yang merupakan peninggalan para Wali Allah yang jelas sanadnya (turunannya) dan bukan direka-reka, dipercayai mampu mempercepatkan proses kesembuhan samada penyakit medikal mahupun non-medikal.


Ibn Qayyim al Jauziyah mengatakan:
’Pengaruh sihir hanya pada jiwa-jiwa yang lemah. Oleh sebab itu, yang sering terpengaruh adalah kaum wanita, anak-anak kecil dan orang-orang bodoh. Sebab roh-roh jahat akan aktif beroperasi pada jiwa yang bersedia untuk ia pengaruhi.’ (Zadul Ma’ad, 4/105)

Thursday, May 29, 2008

KURAPUNTUR

Istilah ini mungkin masih asing di telinga kita. Kurapuntur merupakan perkataan gabungan dari KURA-KURA dan AKUPUNTUR. Teknik ini serupakan dengan akupuntur iaitu menggunakan teknik jarum yang ditusukkan pada titik tertentu di tubuh. Bezanya, akupuntur memberikan tusukan jarum pada kawasan kepala, lengan, kaki dan tubuh sedangkan tusukan kurapuntur didasarkan pada titik-titik meridian dan non meridian yang membentuk diagram kura-kura di kawasan perut. Cara ini merupakan satu terobosan baru bagi dunia pengubatan akupuntur.

Terafi ini mampu mengubati 1001 jenis penyakit sama seperti akupuntur. Prof. Dr. Hj. Shahrin mengatakan bahawa perut mempunyai lapisan lemak yang bertingkat-tingkat sehingga tidak merasa sakit bila tusukan dilakukan. Terafi ini sama juga dengan akupuntur dimana ianya boleh dilakukan kepada anak berumur 3 tahun hinggalah 90 tahun.

Teknik tusuk jarum ini yang berasal dari China, ternyata dapat menyembuhkan segala jenis penyakit, menambahkan daya tahan tubuh dan meningkatkan vitaliti. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, setelah jarum ditusukkan ke titik-titik yang sakit, pemanasan dari sumber energi 10 volt diberikan. Tujuannya adalah untuk merangsangkan atau menghangatkan titik akupuntur, emmeprcepatkan reaksi dan menormalkan aliran darah. Jangka masa pemanasan yang diperlukan cukup untuk 30 minit hingga 1 jam.

KURA-KURA DI ATAS PERUT
Jika dilukiskan, titik di perut tergambar seperti kura-kura yang berpusat di pusat sebagai tempurung, diikuti kepala di atas pusat, tangan dan kaki di samping kana dan kiri pusat serta ekor di bahagian bawah pusat. Setiap bahagian tubuh kura-kura ini menunjukan letak organ tubuh manusia.

Fungsi titik-titik meridian di tubuh kura-kura tersebut iaitu:

* Kepala kura-kura berhubungan dengan penyakit yang terletak di kepala, mata, hidung, otot muka dan pencernaan.

* Tangan kura-kura berhubung dengan penyakit di bahu dan tangan seperti lenguh, kesemutan, tangan tidak dapat digerakkan atau lumpuh.

* Kaki kura-kura berhubung dengan lenguh kaki, kesemutan, tidak dapat digerakkan atau lumpuh dan sakit pada pinggang.

* Perut kura-kura berhubung dengan penyakit seperti sembelit atau sukar membuang air besar, hipertensi, hipotensi, lemah daya tahan tubuh, lemah tenaga bathin, uluran dan gangguan pencernaan.

* Ekor kura-kura berhubung dengan gangguan seperti masalah ketegangan zakar, prostat dan sakit pada saluran kencing.

AKUPUNTUR MATA

Tahukah anda ada 13 titik akupuntur di sekitar mata yang berhubungan dengan organ-organ vital tubuh? Ianya bukan hanya untuk gangguan mata yang dapat disembuhkan malah penyakit paru-paru, gangguan perut, pundi kencing, liver, gangguan di tangan atau di kaki pundapat disembuhkan. Dengan pemberian rangsangan di beberapa titik di sekitar mata, stres da migrain pun akan sembuh.

Sebahagian orang menganggap akupuntur merupakan pengubatan yang menakutkan. Maklumlah kaedah ini menggunakan jarum untuk merangsang titik tertentu d organ tubuh. Kalau bahagian yang ditusuk adalah lengan, perut dan kaki mungkin ianya tidak menjadi apa-apa masalah tetapi dalam rawatan Akupuntur Mata tempat tusukannya adalah di sekitar mata. Organ penglihatan yang sarat dengan saraf-saraf penting.

Prof. Dr. Hj. Shahrin mengatakan bahawa terafi ini harus dilakukan oleh orang yang benar-benar ahli. Selain dari saraf-saraf vital, kulit di sekitar mata sangat nipis sehingga penusukannya perlu dilakukan dengan berhati-hati. Setiap daerah di sekitar mata berhubungan dengan organ tertentu sehingga diagnosis penyakit harus dilakukan secara benar dan tepat agar pengubatan sesuai dengan sasarannya.