Merawat kesihatan kulit wajah menjadi sangat penting sebagai penunjang penampilan, khususnya bagi kaum hawa. Berbagai cara pun mereka tempuh, dari perawatan dengan ubat-ubatan, botox, hingga pembedahan plastik. Risiko dan biaya besar yang diperlukan tidak menjadi halangan. Namun, kini ada kaedah mempercantikkan tubuh dengan biaya yang terbilang murah, yakni dengan akupunktur. Malah, terafi ini juga tanpa kesan sampingan dan bekerja dalam masa yang amat singkat. Waktu yang relatif singkat, kecantikan alami dapat ditemukan dengan teknik akupunktur.
Akupunktur sendiri sudah dikenali sejak 5000 tahun yang lalu. Berawal dari mengubati abses, kini akupunktur berkembang untuk mengubati berbagai penyakit. Terakhir, akupunktur kini marak digemari wanita kerana dapat mengatasi masalah kecantikan. Akupunktur merupakan pengubatan alamiah dengan cara penusukan pada titik-titik tertentu di permukaan tubuh untuk menghasilkan suatu kesan terafi. Teknik akupunktur secara keseluruhan dapat menyihatkan tubuh.
Hal ini berkait pula dengan kesihatan kulit sehingga secara otomatik akan terlihat juga kesannya pada wajah. Secara umum akupunktur bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah dan limpa, meningkatkan metabolisme tubuh, serta untuk daya tahan tubuh juga. Adapun, peralatan yang digunakan dalam proses akupunktur adalah jarum yang ukurannya berbagai jenis, mulai 1/2 cun (ukuran jarum akupunktur) sampai 1 cun (khusus untuk wajah) dan ukuran terbesar mencapai 5 cun.
Alat lainnya yang diperlukan adalah thermal deep penetration (TDP). TDP adalah lampu penghangat yang disinari ke kawasan tubuh pasien yang ingin diubati selama proses penusukan dilakukan. Terakhir iaitu alat untuk mengaliri elektrik, itu pun jika diperlukan. Dalam dunia kecantikan sendiri, akupunktur memberikan manfaat yang sangat bererti, iaitu untuk menjaga, mengubati dan mempertahankan kecantikan kulit.
Untuk wajah, penusukan dilakukan di dahi, pelipis, bawah mata, hidung, kuping hidung, sudut mulut dan dagu. Prosesnya pun dilakukan tanpa aliran elektrik, kecuali untuk menghilangkan keriput. Selain wajah, ada beberapa masalah kecantikan lainnya yang dapat diubati dengan teknik yang kini masih baru di Malaysia. Menurut Prof. Dr. Hj. Shahrin, masalah tersebut antara lain obesiti, masalah rambut (luruh, kelemumur dan beruban), selulit, bau badan. Waktu yang singkat juga merupakan keuntungan dari teknik akupunktur, walaupun hasil pada setiap orang tetap berbeza.Namun, secara umum dalam 12 kali (enam minggu) terafi sudah dapat terlihat hasilnya.
Kaedah ini amat selamat dan juga dapat menyegarkan tubuh serta menguatkan otot-otot wajah.
Merujuk pada prinsip-prinsip pengubatan China, tubuh yang sihat adalah tubuh yang dalam keadaan yin-yang seimbang. Bererti aliran energi (chi) berjalan lancar ke meridian. Jika energi terlalu keras atau terlalu lemah di salah satu meridian, maka akan terjadi ketidak seimbangan dan akan menyebabkan timbulnya penyakit.
Akupuntur menyeimbangkan aliran energi tubuh dengan membuat rangsangan untuk melancarkan sirkulasi energi dan darah. Jarum akupuntur ditancapkan pada titik-titik meridian tertentu. Biasanya di lengan, wajah, leher, kaki dan belakang.
Akupuntur merangsang otot-otot wajah, membantu melancarkan sirkulasi darah, menaikkan aliran oksigen ke jaringan-jaringan kulit, serta mempercepat keluarnya racun dari sel-sel kulit. Akupuntur juga membantu memperbaiki fungsi kulit sampai ke tingkat optima yang bererti juga mengurangi kesan-kesan penuaan.
Dalam pengubatan tradisional China, jerawat diklasifikasikan sebagai angin dan panas yang mempengaruhi darah. Sebahagian besar juga berhubungan dengan makanan, terutama bagi mereka yang gemar memakan makanan pedas, berminyak mahupun alkohol. Makanan-makanan tersebut menyebabkan panas di dalam perut, yang ditransferkan melalui meridian ke darah. Kerana itu merupakan keadaan Yang, maka sebahagian besar mempengaruhi bahagian-bahagian di tubuh seperti wajah, leher, dan belakang atas.
Terafi yang biasanya dilakukan oleh akupunturis iaitu mengeluarkan angin dan panas dari darah dengan menggunakan titik-titik besar pada usus besar dan saluran meridian Sanjiao (terdapat di lengan). Dan memperkuat darah dengan menggunakan titik pada saluran limpa. Mengeluarkan sinar wajah (aura) pun boleh dilakukan dengan akupuntur.
PEKEJ RAWATAN KECANTIKAN
1. Penurunan berat badan & selulit (Slim & Health) Kegemukan / obesitI adalah keadaan dimana terjadi penumpukan lemak tubuh yang melebihi batas normal. Dapat disebabkan kerana faktor genetik/keturunan, pola makan berlebihan, gangguan hormon. Adanya selulit terbentuk dari gumpalan-gumpalan minyak, sisa-sisa metabolisme dalam tubuh dan air yang terperangkap di bawah kulit. Umumnya terdapat pada bahagian paha, pinggul, perut, lengan. Menyebabkan kulit nampak kendur, kurang kenyal dan tidak halus, sehingga mengganggu penampilan seseorang.
2. Pembentukan tubuh proporsional (Body Sculpting)
Tubuh yang proporsional adalah dambaan setiap orang samada pria mahupun wanita. Namun pada kenyataannya tidak semua orang memiliki tubuh yang seimbang, dimana terdapat bahagian-bahagian tubuh yang lebih besar/kecil sehingga mengurangi estetika penampilan.
3. Masalah rambut (Hair Treatment)
Rambut adalah mahkota setiap orang yang harus dirawat. Rambut sihat memiliki tingkat kelembaban penuh di seluruh batang rambut, sehingga kutikula rambut teguh. Rambut kurang sihat nampak rapuh, nipis, bercabang dan kering.
4. Masalah kulit & wajah (Acupuncture Facelift)
Wajah merupakan pusat ekspresi seseorang, sehingga memerlukan perawatan khusus. Kulit wajah harus dijaga kebersihannya. Mempertahankan dan menambah kelembutan kulit, merangsang regenerasi, mengencangkan kembali & mencerahkan kulit wajah, mengurangi kerutan, mengecilkan pori-pori, menghilangkan flek, kantong mata. Kulit sihat mencerminkan keadaan tubuh yang sihat pula.
5. Jerawat (Acne Treatment)
Umumnya jerawat muncul di kulit wajah, leher, bahu, belakang dan dada. Timbulnya jerawat akibat pori-pori kulit tertutup minyak dan sel-sel kulit mati. Dipengaruhi oleh perubahan hormon (proses pertumbuhan, gangguan hormon kerana situasi tertentu).
6. Masalah payudara (Breast Treatment)
Membentuk dan mengencangkan payudara.
7. Masalah kesihatan wanita (Women’s health)
Gangguan kesihatan yang berkaitan dengan organ kewanitaan, seperti masalah menstruasi (nyeri haid, haid tidak teratur), gangguan hormon, gangguan pra-menopause, keputihan, frigid (menurun/menghilangnya libido), mengencangkan otot-otot vagina, terutama setelah melahirkan.
8. Masalah kesihatan lelaki (Men’s Health)
Gangguan kesihatan yang berkaitan dengan organ lelaki, seperti impoten, ejakulasi pra matang, seminal emission, menurun/menghilangnya libido.
9. Masalah keturunan (Infertility)
Membantu mengatasi pasangan yang memiliki kesulitan mempunyai keturunan (kurang subur, mandul).
10. Perawatan keseluruhan untuk calon pengantin (Bridal) Disarankan bagi calon pengantin untuk melakukan perawatan ini minimum 2-3 bulan sebelum hari pernikahan untuk mendapatkan hasil yang optima.
11. Titik Wajah (Face Acupressure ) Membuka aura inner beauty, mencerahkan & membuat segar seketika, awet muda. Untuk lelaki mahupun wanita.
PROF. DR. HJ. SHAHRIN ABD. RAHMAN