Monday, January 17, 2011

SITI ZAINAB (CUCU RASULULLAH SAW)

Siti Zainab adalah adik kandung dari Hasan dan Husin.Dia dilahirkan di Madinah pada 1 Sya'ban 5 H. Sebelum kelahiran puteri Sayyidina Ali yang ketiga ini, puteri Rasulullah SAW yang bernama Zainab wafat. Maka untuk mengenang puterinya yang baru meninggal, Rasulullah SAW memberi nama bayi yang baru lahir dari puterinya yang tercinta Fatimah dengan nama yang sama iaitu Zainab. Di masa kecil Zainab hidup dalam bimbingan Datuknya (Rasulullah SAW) dan di bawah asuhan kedua orang tuanya (Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad). Tidak berlebihan apabila beliau disebut sebagai salah seorang wanita paling istimewa dalam kalangan ahli bait (keluarga Rasulullah SAW) kerana Zainab telah menimba ilmu secara langsung dari saudara kandungnya dan kedua orang tuanya.

Siti Zainab menikah dengan anak bapa saudaranya (sepupu) iaitu Abdullah bin Ja'far bin Abi Thalib dan dikurniakan empat putera (Ali, Muhammad, Abbas, dan A'un) dan seorang puteri (Ummu Kaltsum). Dua puteranya Muhammad dan A'un gugur bersama bapa saudaranya (Husin) dalam perang Karbala.

Siti Zainab merupakan sumber ilmu dan suri tauladan bagi kaum muslimah kerana hampir seluruh hidupnya telah dicurahkan bagi kepentingan pengembangan agama Islam terutama dalam mencetak para cendekiawan muslimah. Beliau telah mendirikan sekolah-sekolah di Madinah dan Kufah, Iraq. Beliau juga termasuk ahli tafsir, fiqh dan perawi hadith. Sayyidah Zainab hijrah ke Karbala bersama abangnya (Husin). Setelah peristiwa Karbala, beliau kembali lagi ke Madinah dan pada masa Khalifah Abdul Malik bin Marwan beliau bersama-sama dengan suaminya pergi ke Syam dan tinggal di desa Ghutha, suatu perkampungan di pinggiran kota Damaskus. Beliau wafat pada tahun 65 H dalam usia 60 tahun.