Friday, April 4, 2008

TERAFI ALTERNATIF UNTUK MENANGANI HIV/AIDS


Peranan Rawatan Alternatif Dalam Kes HIV/AIDS

Pendekatan non konvensional yang biasa juga disebut pendekatan holistik, tradisional, alternatif atau komplementari terhadap HIV/AIDS perlu disingkapi secara positif. Pendekatan ini dilakukan bukan sahaja kerana rawatan konvensional belum mampu membunuh virus pada kes HIV tetapi juga kerana rawatan non konvensional mempunyai potensi yang dapat dimanfaatkan untuk tujuan yang sama dengan rawatan konvensional. Pemanfaatan potensi yang ada pada rawatan non konvensional dapat dilakukan secara tersendiri mahupun bersama dengan rawatan konvensional atau difungsikan sesuai dengan keadaan yang ada, misalnya sebagai rawatan komplementari.

Tujuan pendekatan non konvensional dalam perkara ini menggunakan potensi diri dan potensi alam yang rasional adalah untuk meningkatkan kualiti hidup orang yang terjangkit HIV. Dengan demikian, orang yang terjangkit HIV dapat hidup sihat dan produktif sama seperti orang yang tanpa HIV.

Yang dimaksudkan dengan kekuatan diri adalah kekuatan hidup yang dimiliki oleh setiap orang yang dikenali sebagai tenaga hidup/chi/qi/life force. Dengan memberi rangsangan kepada simpul-simpul tenaga/chi yang dikenali sebagai titik akupuntur maka putaran tenaga/qi akan lancar sehingga dapat mengatasi penyakit yang menyerang tubuh. Kualiti dan kuantiti tenaga/qi diyakini bergantung kepada kuantiti dan kualiti makanan, minuman dan udara yang digunakan dan juga ditunjangi oleh keadaan mental dan spiritual yang seimbang. Cara memanfaatkan sinar matahari, udara yang dihirup dan dihembuskan oleh paru-paru setiap saat juga dapat meningkatkan kualiti hidup. Cara ini disebut sebagai olah nafas dan meditasi prana. Wap tenaga vital dalam olah nafas dan meditasi prana juga dikenali sebagai Aura.

Kekuatan alam yang dikenali sebagai bioenergi alam diyakini dimiliki oleh semua isi alam buana seperti matahari, tumbuhan, air, bumi, udara dan sebagainya. Di sini akan memperkenalkan cara memanfaatkan tumbuhan samada daun, buah, umbi, bunga, batang dan akarnya. Tumbuhan tersebut diolah menjadi minuman, makanan berupa sup, kueh, puding dan bentuk lain yang berkhasiat untuk meningkatkan kualiti hidup.

Pada kes jangkitan HIV, gejala yang muncul menunjukkan kelemahan organ limpa, perut, paru-paru dan buah pinggang. Pada mulanya kelemahan fungsi organ-organ tersebut hampir tidak dapat dibezakan. Namun tidak semua pesakit HIV mempunyai gejala seperti di atas, bergantung kepada tingkat kekebalan tubuhnya dan kemampuan mengatasi masalah-masalah sosial yang juga berat. Gejala yang berkaitan dengan HIV/AIDS secara klinikal dalam akupuntur dimasukkan dalam gangguan buah pinggang, limpa dan paru-paru.

Setiap kelemahan organ dapat menjadi satu kelemahan organ lainnya sehingga menjadi gabungan kelemahan beberapa fungsi organ. Untuk mengantisipasikan kelemahan-kelemahan tersebut, kualiti tenaga/qi harus ditingkatkan dengan memperbaikan pola makan, kualiti makanan, udara yang dihirup, keadaan mental dan spiritual (semangat hidup) terutama dalam melawan stigmatisasi dan diskriminasi. Dengan adanya hubungan tersebut maka ketiga-tiga upaya kesihatan yang dirancangkan akan saling berkait, kuat dan lebih optima hasilnya kalau dilakukan bersama-sama.

Mengkomsumsi menu makanan dan minuman sihat dalam berbagai bentuk merupakan sumber tenaga yang diolah oleh perut dan dibawa oleh limpa ke paru-paru untuk diproses dengan udara (oksigen) yang dihirup sehingga menjadi tenaga vital. Buah pinggang sebagai organ penyimpan tenaga/qi memberikan tenaganya sebagai motor penggerak sehingga kedua-dua organ tersebut berfungsi secara optima. Zat makanan dan oksigen tersebut diedarkan keseluruh tubuh menghidupkan fungsi organ tubuh, jaringan tubuh, otak, pancaindera, mental, emosi dan spiritual (semangat hidup). Kalau limpa, paru-paru dan buah pinggang lemah akibat HIV maka pembentukan tenaga vital tidak optima bahkan akan semakin menurun.

Mengaktifkan titik tenaga vital atau titik akupuntur dengan jarum atau jari atau alat tumpul lainnya (akupresur), bekam dan aura dalam konteks prana merupakan upaya untuk memperbaiki keadaan, fungsi dan sisitem organ-organ tersebut. Dengan demikian, gabungan menu sihat, akupuntur, akupresur, bekam dan olah nafas serta meditasi prana merupakan upaya yang bersinergi antara satu dengan yang lain untuk meningkatkan kualiti hidup. Dengan demikian, diharapkan orang yang terjangkit HIV semakin jauh jaraknya dengan AIDS.

Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman PhD

Pusat Rawatan Qalbun Salim


PENYEMBUHAN AJAIB DENGAN JARUM SAKTI

PENYEMBUHAN AJAIB DENGAN JARUM SAKTI

Ramai yang tidak percaya dengan dakwaan ini kerana amat aneh dengan hanya menggunakan sebatang jarum akupuntur dapat menyembuhkan penyakit. Namun inilah hakikat dan kelebihan ’Jarum Akupuntur China’.

Berikut ini didedahkan beberapa penyelidikan yang telah dilakukan oleh sekumpulan pensyarah-pensyarah di Institut Penyelidikan Perubatan Akupuntur di Kota Bharu, Kelantan terhadap beberapa kes yang diangap ajaib. Semua kes kajian ini melibatkan penggunaan dengan hanya ’satu’ batang jarum akupuntur sahaja dapat menyembuhkan beberapa penyakit aneh.

Kes 1 – Migrin

Lim Seng, 35 tahun, telah mengalami sakit kepala sejak 7 tahun. Berbagai ubat alopati telah digunakan namun kesakitannya bukan berkurang tetapi bertambah. Pihak doktor alopati telah mengesahkan bahawa Lim Seng mengalami penyakit migrin.

Dengan menggunakan satu jarum sahaja di kepala iaitu ’Bahui – DU20’ selama 40 minit, Lim Seng merasa kelegaan dan kesakitan terus hilang. Alhamdulillah 95% gejala migrinnya telah hilang dan sembuh. Rawatan dilakukan selama semingu

Kes 2 – Tersalah Urat Leher

Hj. Abdullah Ab. Rahman, 45 tahun, mengalami penyakit ’stiff neck’. Selama 2 minggu beliau memakai ’collar support’ iaitu plastik bantuan yang dibalut ke lehernya. Jika dicabut, lehernya akan sakit terutama bila bergerak atau berpaling. Ubat penahan sakit telah diberikan oleh doktor alopati namun ianya tidak memberi apa-apa kesan sembuh.

Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Tianzhu –UB10’ selama 45 minit berterusan selama seminggu, kesakitannya telah hilang dan sembuh.

Kes 3 – Tersedu Baik

Kadir Uban, 55 tahun, mengalami masalah tersedu (hiccough) selama 2 bulan. Berbagai pengubatan telah dijalani namun tidak sembuh.

Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Tiantu – Ren22’, tidak sampai 10 minit, gejala tersedu mulai berkurangan dan hilang setelah tamat sesi rawatan selama 30 minit. Pada rawatan ulangan kedua, satu jarum pada titik ’Bahui – DU20’ telah membuat gejala hiccough terus sembuh.

Kes 4 – Senggugut

Sheila Rusli, 25 tahun mengalami masalah ’endometrosis’ yang menyebabkan kesakitan setiap kali haid. Kesakitan ini berlarutan selama 3 tahun dan kadangkala menyebabkan beliau pitam. Rawatan medikal telah dilakukan namun kesakitannya sering dialami setiap kali haid.

Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Zhongji – Ren3’ senggugutnya atau endometrosis terus sembuh.

Kes 5 – Gout

Mamat, 55 tahun, mengalami masalah gout sehingga beliau akan merangkak-rangkak untuk bergerak dan kesakitan yang amat sangat sewaktu hendak bangun atau duduk. Rawatan medikal tidak menyembuhkan kesakitannya bahkan beliau terpaksa berpantang dari memakan makanan laut. Ibu jari kakinya bengkak bersinar banar dan sakit sekiranya bergerak.

Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Bafeng – Extra 36’ di bahagian ibu jari kaki, kesakitan berhenti serta merta dalam tempoh 15 minit dan selepas 40 minit rawatan, pesakit boleh bangun dan berjalan tanpa bantuan.

Kes 6 – Haid Tidak Teratur

Zilfalilah Hamid, 19 tahun, mengalami masalah gangguan yang tidak teratur sejak mula-mula datang haid. Darah keluar tidak menentu sehinggakan 25 hari atau 30 hari. Beliau menjadi lesu. Berbagai rawatan medikal telah dilakukan termasuk penggunaan ubat perancang keluarga dan hormon, namun haidnya tetap keluar.

Dengan menggunakan satu jarum akupuntur pada titik akupuntur ’Zsuzanli – St36’ selama 8 kali rawatan, haidnya beransur berhenti dan bila masuk 12 kali rawatan, haidnya terus berhenti dan menjadi normal semula.


Untuk mendapatkan rawatan, silalah hubungi Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman di talian hotline 0129819425/097745200

AKUPUNTUR


PENGENALAN – AKUPUNTUR DALAM SEJARAH

Akupuntur adalah kaeadah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu (Acupunture Point) pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chi) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala, selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur, para akupunturis mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba. Teknik penggunaan haba dikenali sebagai "Moxibustion" dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil "Electrostimulation". Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang.

Kaedah ini boleh dikatakan diguna oleh semua masyarakat kuno yang bertamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir Kuno, India dan China. Namun penghormatan telah diberikan oleh kebanyakan ahli-ahli perubatan kepada China kerana pengalaman jenis ini banyak diguna atau diamalkan oleh rakyat China sejak 4000 tahun yang lampau sehingga hari ini.

Sejarah juga membuktikan bahawa bangsa China merupakan suku bangsa yang pertama di dunia ini mencatat sejarah tentang Perubatan Akupuntur dengan lengkap yang ditulis oleh Maharaja China yang dinamakan sebagai ’Huang Ti The Yellow Emperor Canon of Medicine’ yang dikarang pada tahun 2000 sebelum Masihi’ (terjemahan buku ini ada dalam simpanan guru saya iaitu Prof. Dr. Nik Omar yang diperolehi dari Beijing, China)

Pada zaman kuno, orang-orang China menggunakan batu-batu tajam, kayu buluh dan lain-lain sebagai asas rawatan untuk menekan atau menusuk di bahagian tertentu badan. Di zaman moden ini. Alat-alat tersebut telah digantikan dengan jarum-jarum halus yang telah tersedia sucihama atau sterile yang diperbuat dari berbagai logam seperti Jarum Perak, Tembaga dan Emas.

Di antara ketiga jarum tersebut, jarum emaslah yang paling banyak sekali mengeluarkan tenaga Qi (chi) iaitu 100 kali ganda kekuatannya dari Jarum Perak.

Pada jarum-jarum ini sudah tersedia ada tenaga magnetik yang dinamakan sebagai kuasa ubat yang akan memberi kesan segera apabila ditusuk ke suatu titik khas badan dengan mengeluarkan rasa seperti kebas-kebas, berat, senak, berdenyut-denyut atau bengkak. Semua rasa ini dikenali sebagai ’Deqi’ yakni arus elektrik yang melalui channel atau meridian atau kolentral yang sudah cukup untuk melegakan atau menyembuh sesuatu penyakit.

ADAKAH IANYA MELIBATKAN PENGGUNAAN DADAH ?

Akupunktur adalah sama seperti rawatan menggunakan herba dan kaedah ini adalah bebas daripada sebarang penggunaan dadah. Rawatan ini juga tidak mempunyai kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang digunakan . Seseorang itu seharusnya memberitahu akupunturis jika mengambil sebarang ubat atau sedang mengandung pada masa rawatan akupunktur dijalankan . Jika seseorang itu menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan ianya haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada akupunturis anda. Akupunktur kebiasaannya digunakan bersama dengan ubat-ubatan yang lain untuk menambahkan keberkesanannya. Ia digunakan untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian dijalankan. Ia digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekaligus menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan jenis dadah termasuk ‘Chemotherapy’.

ADAKAH AKUPUNKTUR MENYAKITKAN ?

Kebiasaannya tusukan jarum akupuntur di mana-mana badan tidak mendatangkan apa-apa kesakitan kerana jarum-jarum yang digunakan adalah terlalu halus, lembut dan tajam. Kalaupun sakit, ianya bagai gigitan semut pada tusukan pertama sahaja. Jarum tersebut diletakkan di bahagian lapisan kulit sahaja di antara 0.5cm hingga 1cm atau 1 cun hingga 2 cun. Akupunktur adalah sangat berkesan di kawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu berkesan seperti wabak yang teruk, pengawal kesakitan dan pengurang tekanan.

PERBEZAAN ANTARA AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR

Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit, mengenalpasti Pathogen (a foreign agent that may result in clinical infection and disease if not eliminated by immune system) dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman, bakteria, ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam saluran darah. Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China, akupunktur digunakan untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi, darah, kahak dan cairan badan. Bagi doktor perubatan barat pula, pesakit akan diperiksa dan didiagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak, bentuknya dan pergerakannya. Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka, kulit, kuku dan mata. Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah, tidak berfungsi atau sesak. Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.

Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula, akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik. Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .

Akupunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang. Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta. Dalam perubatan barat, Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi. Dalam perubatan timur, Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .

QI DAN FUNGSINYA

Lima fungsi utama Qi ialah ;

  • 1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
  • 2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
  • 3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
  • 4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
  • 5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan

AKUPUNTUR DAN FUNGSINYA

Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi di dalam badan. Ia dilakukan dengan memasukkan, menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur. Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran di dalam badan. Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian. Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .

Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ), darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian. Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman, tisu yang bergabung, meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga.

Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak di dalam paket pada otot, kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorphin, enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku di tengah-tengah bahagian otak.

Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang. Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan, minda dan semangat. Dalam sains moden, kesihatan ialah pergerakan elektron. Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri. Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni. Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung, pergerakan bioelektron. Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan.

Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang. Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit. Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima, lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal. Pada tahap ini, keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya.

KAJIAN SECARA SAINTIFIK

Mengikut satu kajian yang dilakukan di Jabatan MRI, University of California didapati bahawa bilamana jarum-jarum akupuntur ditusuk pada bahagian tertentu badan, ia sekilat pantas akan menghantar mesej kepada otak dan otak akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai endorphin dan momomine iaitu sejenis hormon yang akan memberhentikan kesakitan seseorang. Hormon ini juga akan bertindak menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit yang dihidapi. Bila ujian dilakukan terhadap titik akupuntur, ia akan mengeluarkan aktiviti-aktiviti pada otak yang dapat dilihat secara jelas pada imej MRI. Sekaligus ini memberi keyakinan bagaimana jarum-jarum akupuntur bertindak dalam badan manusia bagi memberi penyembuhan sesuatu penyakit.

APAKAH BENTUK AKUPUNTUR MODEN

Dalam akupuntur moden hari ini ada berbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur, antaranya ialah:

1)Akupuntur Klasik – menggunakan jarum halus

2)Akupuntur Elektrik – menggunakan stimulator elektrik voltage rendah

3)Akupuntur Elektronik – menggunakan alat-alat elektronik kecil

4)Akupuntur Bekam Darah – Acu Bekam mengeluarkan darah

5)Akupuntur Bekam – Acu Bekam sedut angin keluar dari badan

6)Akupuntur Moksibusi – menghangat pada titik tertentu

7)Akupuntur Kepala (Scalp Acupunture) – menusuk jarum ke kepala

8)Akupuntur Telinga (Auricular Acupunture) – menusuk jarum ke telinga

9)Akupuntur Mata (Iridology)

10)Akupuntur Urut – Acupressure, Shiatsu

11)Akupuntur Homeopati

PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT DAN DISEMBUHKAN OLEH RAWATAN AKUPUNTUR

WHO (Badan Kesihatan Dunia) telah menggariskan penyakit-penyakit yang baik untuk rawatan akupuntur, antaranya ialah:

Sistem Pernafasan

  • Resdung/Sinusitis
  • Selesema/Rhinitis
  • Selesema berair
  • Tonsilitis

Gangguan Pencernaan

  • Spasma pada esophagus
  • Tersedu/hiccough
  • Gastroptosis
  • Gastrik
  • Duodenal Ulcer, Colitis
  • Sembelit, cirit birit
  • Paralysis Usus

Gangguan Mata

  • Sakit Mata Awal/Conjunctivitis
  • Radangan Retina/Retinis Myopia

Gangguan Mulut

  • Sakit Gigi
  • Sakit Gusi
  • Sakit Halkum

Sistem Pernafasan

  • Batuk Bronkitis
  • Asma Bronkial

Neorological And Musculo-Skeletal Disorder

Rawatan Yang DiAnggap Baik Oleh Akupuntur

  • Sakit Kepala dan Migrain
  • Sakit Urat Saraf Muka atau Kepala
  • Lumpuh Sebelah Muka /Bell Palsy
  • Kesan dari Stroke/Lumpuh
  • Penyakit Meniere’s
  • Masalah Kencing
  • Frozen atau Tennis Elbow
  • Sakit Belikat
  • Sakit Bahagian Pinggang
  • Sakit Kerangka Punggung
  • Sakit Sendi Tulang

PENGIKTIRAFAN DARI DUNIA BARAT

2O tahun yang silam, ahli-ahli perubatan alopati tidak mahu menerima hakikat penyembuhan penyakit melalui jarum-jarum halus akupuntur. Mereka tetap mengatakan mustahil atau tidak masuk akal. Namun pada awal 1982 hampir 80% pelajar-pelajar yang mempelajari akupuntur dari Prof. Dr. Nik Omar adalah terdiri dari doktor-doktor alopati. Malah seorang pakar bedah jantung dari Afrika Selatan Dr. Bernard Show turut mempelajari akupuntur di Colombo.

Mengikut bancian akhir tahun 1998, hampir 1 daripada 10 orang Amerika Syarikat telah menggunakan perubatan akupuntur dan 1 daripada 5 orang Amerika Syarikat mengamalkan perubatan alternatif seperti akupuntur, homoepati, herbalisme, naturopathy, aromaterafi dan sebagainya.

Perkembangan positif perubatan akupuntur di Amerika Syarikat telah mendorong beberapa buah negara di dunia mengakui kebenaran dan keupayaan akupuntur.

PEMBUKTIAN PENYEMBUHAN

Kaedah rawatan akupuntur klasik ini begitu unik dan amat sukar difahami oleh orang-orang awam. Dengan mempunyai lebih dari 3,500 titik akupuntur di seluruh badan, amat sukar bagi seseorang itu memahami bagaimana titik akupuntur ini mampu memberi penyembuhan kepada pesakit.

Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik telah dilakukan dan mereka dapati bahawa aliran tenaga ’Qi’ (chi) dapat dikeluarkan setiap kali jarum akupuntur ditusuk ke titik-titik tertentu yang mempunyai nilai perubatan. Semua aliran ini dikeluar dan dikawal oleh endropin dan monomin pada bahagian otak.

Dengan cara inilah seseorang akupunturis dapat memberi rawatan yang berkesan dengan hanya meletakkan satu atau dua jarum pada bahagian-bahagian badan yang telah ditetapkan.

Contohnya:

Diabetes : 2 jarum hendaklah diletakkan di sekitar betis pada titik yang dinamakan Sanjinjio.

Tekana Darah Tinggi : Titik Bahui dan Taichong digunakan selama 7 hari berturut-turut. Hasilnya tekanan darah dapat diturunkan sebanyak 20-30 unit.

Sakit Buah Pinggang : Titik Fenshu dan Hegu digunakan selama 6 hari berturut-turut dan ianya dapat mengimbangi lebihan protein dan cretinie dalam buah pinggang.

KELEGAAN SERTA MERTA

Yang menakjubkan perubatan Akupuntur adalah ia dapat memberi kelegaan serta merta bagi orang-orang yang megalami kesakitan yang teruk seperti migrin, sakit bahu, sakit belikat dan sebagainya.


Untuk mendapatkan rawatan, silalah berhubung dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman di talian hotline 0129819425/097745200