Istilah ini mungkin masih asing di telinga kita. Kurapuntur merupakan perkataan gabungan dari KURA-KURA dan AKUPUNTUR. Teknik ini serupakan dengan akupuntur iaitu menggunakan teknik jarum yang ditusukkan pada titik tertentu di tubuh. Bezanya, akupuntur memberikan tusukan jarum pada kawasan kepala, lengan, kaki dan tubuh sedangkan tusukan kurapuntur didasarkan pada titik-titik meridian dan non meridian yang membentuk diagram kura-kura di kawasan perut. Cara ini merupakan satu terobosan baru bagi dunia pengubatan akupuntur.
Terafi ini mampu mengubati 1001 jenis penyakit sama seperti akupuntur. Prof. Dr. Hj. Shahrin mengatakan bahawa perut mempunyai lapisan lemak yang bertingkat-tingkat sehingga tidak merasa sakit bila tusukan dilakukan. Terafi ini sama juga dengan akupuntur dimana ianya boleh dilakukan kepada anak berumur 3 tahun hinggalah 90 tahun.
Teknik tusuk jarum ini yang berasal dari China, ternyata dapat menyembuhkan segala jenis penyakit, menambahkan daya tahan tubuh dan meningkatkan vitaliti. Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, setelah jarum ditusukkan ke titik-titik yang sakit, pemanasan dari sumber energi 10 volt diberikan. Tujuannya adalah untuk merangsangkan atau menghangatkan titik akupuntur, emmeprcepatkan reaksi dan menormalkan aliran darah. Jangka masa pemanasan yang diperlukan cukup untuk 30 minit hingga 1 jam.
KURA-KURA DI ATAS PERUT
Jika dilukiskan, titik di perut tergambar seperti kura-kura yang berpusat di pusat sebagai tempurung, diikuti kepala di atas pusat, tangan dan kaki di samping kana dan kiri pusat serta ekor di bahagian bawah pusat. Setiap bahagian tubuh kura-kura ini menunjukan letak organ tubuh manusia.
Fungsi titik-titik meridian di tubuh kura-kura tersebut iaitu:
* Kepala kura-kura berhubungan dengan penyakit yang terletak di kepala, mata, hidung, otot muka dan pencernaan.
* Tangan kura-kura berhubung dengan penyakit di bahu dan tangan seperti lenguh, kesemutan, tangan tidak dapat digerakkan atau lumpuh.
* Kaki kura-kura berhubung dengan lenguh kaki, kesemutan, tidak dapat digerakkan atau lumpuh dan sakit pada pinggang.
* Perut kura-kura berhubung dengan penyakit seperti sembelit atau sukar membuang air besar, hipertensi, hipotensi, lemah daya tahan tubuh, lemah tenaga bathin, uluran dan gangguan pencernaan.
* Ekor kura-kura berhubung dengan gangguan seperti masalah ketegangan zakar, prostat dan sakit pada saluran kencing.
QS menyediakan Rawatan Syar’iyyah terpadu yg mgunakan pendekatan selain dr masalah medikal. Segala kaedah diandalkan pd pgunaan ubat2 tradisional tempatan, akupuntur, ayuverda, homoepathy, urut, aromatherapy, mandian. Pendekatan tenaga dlm InsyaAllah boleh mpercepatkan proses penyembuhan hinggalah mgunakan do'a tertentu. Namun apa jua yang terjadi samada sembuh atau tidak, ianya WAJIB disandarkan kepada Ketentuan Allah SWT. Laahaulawalaa quwwataillaa billaahil 'aliyyil 'adhziim.
Thursday, May 29, 2008
AKUPUNTUR MATA
Tahukah anda ada 13 titik akupuntur di sekitar mata yang berhubungan dengan organ-organ vital tubuh? Ianya bukan hanya untuk gangguan mata yang dapat disembuhkan malah penyakit paru-paru, gangguan perut, pundi kencing, liver, gangguan di tangan atau di kaki pundapat disembuhkan. Dengan pemberian rangsangan di beberapa titik di sekitar mata, stres da migrain pun akan sembuh.
Sebahagian orang menganggap akupuntur merupakan pengubatan yang menakutkan. Maklumlah kaedah ini menggunakan jarum untuk merangsang titik tertentu d organ tubuh. Kalau bahagian yang ditusuk adalah lengan, perut dan kaki mungkin ianya tidak menjadi apa-apa masalah tetapi dalam rawatan Akupuntur Mata tempat tusukannya adalah di sekitar mata. Organ penglihatan yang sarat dengan saraf-saraf penting.
Prof. Dr. Hj. Shahrin mengatakan bahawa terafi ini harus dilakukan oleh orang yang benar-benar ahli. Selain dari saraf-saraf vital, kulit di sekitar mata sangat nipis sehingga penusukannya perlu dilakukan dengan berhati-hati. Setiap daerah di sekitar mata berhubungan dengan organ tertentu sehingga diagnosis penyakit harus dilakukan secara benar dan tepat agar pengubatan sesuai dengan sasarannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)