Tahukah anda ada 13 titik akupuntur di sekitar mata yang berhubungan dengan organ-organ vital tubuh? Ianya bukan hanya untuk gangguan mata yang dapat disembuhkan malah penyakit paru-paru, gangguan perut, pundi kencing, liver, gangguan di tangan atau di kaki pundapat disembuhkan. Dengan pemberian rangsangan di beberapa titik di sekitar mata, stres da migrain pun akan sembuh.
Sebahagian orang menganggap akupuntur merupakan pengubatan yang menakutkan. Maklumlah kaedah ini menggunakan jarum untuk merangsang titik tertentu d organ tubuh. Kalau bahagian yang ditusuk adalah lengan, perut dan kaki mungkin ianya tidak menjadi apa-apa masalah tetapi dalam rawatan Akupuntur Mata tempat tusukannya adalah di sekitar mata. Organ penglihatan yang sarat dengan saraf-saraf penting.
Prof. Dr. Hj. Shahrin mengatakan bahawa terafi ini harus dilakukan oleh orang yang benar-benar ahli. Selain dari saraf-saraf vital, kulit di sekitar mata sangat nipis sehingga penusukannya perlu dilakukan dengan berhati-hati. Setiap daerah di sekitar mata berhubungan dengan organ tertentu sehingga diagnosis penyakit harus dilakukan secara benar dan tepat agar pengubatan sesuai dengan sasarannya.
No comments:
Post a Comment