Saya dilahirkan di Temangan, Kelantan. Mempunyai 4 adik beradik, seorang isteri HJH. NAZINI BTE MOHD NOOR dan 6 anak (2 perempuan – SITI SHAHIRAH & SITI SHAHRIAH dan 4 lelaki – AHMAD SHAHIDIN, AHMAD SHAFIQ, AHMAD MUSTAQIM & AHMAD MUS’AB UMAIR). Pada tahun 1999 saya membuka pusat rawatan di Pulau Melaka, Kelantan secara berkongsi dengan seorang sahabat. Pada tahun 2004 secara berdikari saya membuka Pusat Rawatan Qalbun Salim di Taman Sabariah, Kota Bharu, Kelantan. Rawatan adalah berdasarkan Ruqyah Syar’iyyah, Akupuntur Klasik, Herba dan Air Penawar. Jika anda ingin mendapatkan rawatan lain dari yang lain, datanglah ke Pusat Rawatan saya.
Saya pernah berkhidmat sebagai Inspektor Polis dari tahun 1982 – 1994 dan kemudian berhenti kerana hendak menumpukan sepenuh masa di bidang Rawatan Alternatif.
Banyak menjalankan aktiviti penyelidikan di dalam menemukan kaedah yang terbaik dalam mendayagunakan ‘TENAGA’ yang ada dalam diri untuk keperluan kehidupan sehari serta merawat dan menyembuhkan penyakit.
Diatas keyakinan kepada firman Allah swt yang bermaksud:
“Sesungguhnya segala sesuatu itu ada sebabnya” dan hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
“Untunglah orang yang dari tangannya mengalir kebaikan dan celakalah orang yang dari tangannya mengalir keburukan” (Mukasyafatul Qulub, Al Ghazali – ms 281)
Saya kini giat menjalankan kursus-kursus dalam menyampaikan kepada rakyat Malaysia tentang kewujudan Metafizik.
Dengan keizinan dari Allah SWT saya telah dapat melahirkan ramai siswa-siswa Metafizik yang bertaburan di Malaysia dalam menabur bakti kepada masyarakat di bidang penyembuhan.
KELULUSAN DAN PENGIKTIRAFAN
Visiting Prof. Int. Uni. For A.Med (OIU), PhD in Alternative Medicine (OIU), Gold Ox Award, The Famous Doctor Of The World, Grand Award of International Natural Medicine (China); Yellow Emperor Award (OIU), Physician of Year 2001 (OIU), Synergy Healing Science (India), Natural & Divine Healing YBSD,Grand Master of Metaphysic Guide, Grand Master of Nur Alif Tafakur, Grand Master of Kawasajati, Grand Master Of Ilahiah Frequency, Grand Master Of Ismul ‘Adzom, Grand Master Of Silahul Mukmin (Indonesia), Master Energy Healer (USA), Master Reiki & Seichim (Aust), Dip. Acupuncture (Malaysia), Adv. Cosmetic Acupuncture (Indonesia)
HASIL KAJIAN
Saya telah membuat beberapa kajian dan penyelidikan dan Alhamdulillah telah berjaya menemui, menguji dan memformulasikan beberapa kaedah ‘TENAGA’ yang ada di dalam diri manusia yang digelarkan ‘BIOENERGY’. Tenaga ini jika diolahkan dengan kaedah tertentu akan mempengaruhi jiwa dan merupakan kekuatan pengendali tubuh yang secara fungsional memiliki peranan yang sangat penting bagi tubuh baik zahir mahupun bathin. Antara karya dan olahan saya ialah:
* Meditasi Untuk Pengurusan Stress
* Mengawal Emosi Melalui Tafakur
* Pembersihan Aura dan Chakra
* Pengembangan Intuisi
* Rileksiasi Secara Cepat dan Pantas
* Kaedah Pernafasan Yang Benar
* Tafakur dan Meditasi Islam
* Aura Of Command
* Islamic Tai Chi – 11 movement, 7 movement & 9 movement
* Penyembuhan Dengan Warna
* Penyembuhan Dengan Kristal
* Efek Gerakan Solat
* Ruqyah Sebagai Kerjaya
* Keajaiban Mandi
* Terafi Air
* Tips Hidup Sihat
* Kesihatan Keluarga
* Penyembuhan dari Dalam Diri
* Rawatan Diri Sendiri Dari Serangan Sihir
* Rawatan & Penyembuhan Asma Ul Husna Menggunakan 6 Aplikasi
* Isyarat Syifa’ Tingkat 1,2 & 3
* Rawatan Menggunakan Potensi Huruf Hijaiah Pada Badan
* Meditasi Asma Ul Husna Tingkat 1 & 2
* Mengawal dan Menghilangkan Stress
Saya menubuhkan MIND GYM GROUPS yang terdiri daripada MIND GYM DEVELOPMENT AND TRAINING CENTRE,PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM dan PRODUK HERBA ANUGERAH ALAM yang kesemuanya berpusat di Kota Bharu, Kelantan.
Saya juga banyak memberi tumpuan dalam aspek Pembangunan Frekuensi Penyembuhan, Karismatik, Aura Of Command, Pembentukan Kemahiran Keibubapaan, Stress Management, Magnetism Dalam Komunikasi, Tafakkur(Meditasi), Rileksiasi, Mengawal Emosi, Pemulihan Diri Sendiri melalui Olah Nafas, Rawatan Diri Sendiri dan Orang lain, Rawatan Jarak Dekat dan Jauh @ Occultisme, Gerakan Solat Sebagai Daya Sembuh dll
Pengalaman Menulis :
1. Majalah Bicara
2. Majalah Variasi
3. Majalah Variasari
4. Majalah Umph
5. Akhbar Sinar Harian
6. Majalah Feminin
7. Akhbar Buletin Rakyat
Pengalaman lain:
1. Mengadakan Kursus Kekuatan Minda Berdasarkan Kaedah Bioenergiologi kepada 10 Pengarah dari Jabatan Undang-undang PutraJaya.
2. Artikel tentang Bioenergiologi Dalam Pendidikan Anak-anak dalam Utusan Malaysia
3. Bapa Contoh dalam Utusan Malaysia tahun 2003.
4. Kaedah Tafakur dalam Berita Harian tahun 2004.
5. Tafakur Untuk Pelajar dalam Majalah Fokus tahun 2004.
6. Frigid Bagi Kaum Wanita dalam Majalah i tahun 2004.
7. Personaliti Lelaki dalam Majalah Mingguan Wanita tahun 2004.
8. Menjadi Artis radio RTM dalam Program Dinamik tajaan JAKIM dalam membincangkan perihal Kerasukan, Stress, Emosi dan Gangguannya, Sihir, Akhlak dll.
9. Menjadi Artis radio RTM dalam Program Al Falah tajaan JAKIM.
10. Mengadakan kursus kepada pelbagai sektor samada kerajaan, swasta atau individu.
Saya juga mengadakan latihan pernafasan untuk memantapkan kesihatan tubuh dan kecerdasan otak kepada warga emas, remaja dan murid sekolah serta kaedah penyembuhan diri sendiri.
Saya menjalankan pelbagai kursus di serata Tanah Air termasuk Sabah & Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Mempunyai murid melebihi 4000 orang serata Tanah Air, Sabah & Sarawak, Brunei, Singapura, Jepun, Ireland, Indonesia, Qatar Arab Saudi.
Semoga apa yang saya usahakan ini diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadat dan berkembang ke seluruh dunia.
Namun, saya bukanlah seorang yang ’SAKTI’, ‘HEBAT’ dalam ilmu persilatan dan kanuragan. Hanya hendak berkongsi pengalaman dan kebolehan dengan masyarakat.
BERGABUNG DENGAN PUSAT PENGAJIAN AGAMA DAN GURU MURSYID
Dalam rangka untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pengajian dalam Mind Gym, saya telah membuat beberapa sesi lawatan ke pondok-pondok pengajian agama dan bertemu dengan mursyid-mursyid dan bergabung dengan mereka samada di Tanah Air dan juga Indonesia. Antara pondok yang dimaksudkan adalah:
MALAYSIA
1) Pondok Pasir Tumbuh
2) Pondok Seligi, Pasir Putih
3) Pondok Berangan
INDONESIA
1) Maahad Az Zein, Bogor
GURU YANG SERING MENJADI RUJUKAN
1) Tuan Guru Hj. Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.
2) Tuan Guru Muhammad Soleh
3) Tuan Guru Hj. Zakaria
4) Tuan Guru Hj. Hamzah
5) Ust. Fauzi
6) Ust. Saripudin Damang
GURU YANG PERNAH DAN YANG SEDANG ADA SEKARANG
Guru Kerohanian & Kesufian:
* Tuan Guru Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani
* Tuan Guru Hj. Omar Bechah Semak
* Tuan Guru Othman Omar
* Tuan Guru Muhammad Soleh
* Tuan Guru Hj. Zakaria Al Ahmadiah
* Ust Saripuddin Damang
* Bapak Mascik Saleh Hj. Abd. Somad
* Bapak Idian Fitri Mascik Saleh
* Ust Fauzi
Guru Hikmah:
* Tuan Guru Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani
* Tuan Guru Hj. Omar Bechah Semak
* Ust Saripuddin Damang
* Bapak Mascik Saleh Hj. Abd. Somad
* Pak Su Juna
* Su Sabak
* Ayah Lah Langgar
* Tok Wan Tjg. Chat
* Pak Nik Pa Pasir Hor
* Ayah Ismail Telipot
* Tuan Guru Hj. Hamid
* Bapak Ridhuan
* Bapak Tarmizol
* Raden Ayu Rachmadiah
* Ibu Lilies
* Pak Hassan
* TG Hj Hamzah
* Tok Che Yaacob Karak
* Johari Ali
* Wan Ahmadul Kaser Wan Yaacob
PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM
Sebelum Qalbun Salim ditubuhkan, saya berkhidmat dengan Pusat Rawatan Linang Best di Pulau Melaka dari tahun 1999 hingga akhir tahun 2003 di bawah pantauan Pengarah Linang Best iaitu Prof. Dr. Hj. Abdullah Shukri.
Kemudian pada tahun 2004, QALBUN SALIM telah ditubuhkan secara berdikari yang beralamat di Lot 1220 Taman Sabariah, Jln. Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Kini ianya dimiliki oleh saya secara sepenuhnya.
RAWATAN SYAR’IYYAH TERPADU
Menangani yang Ghaib Sesuai Syariat
Kini telah hadir di pangkuan anda sebuah rawatan terpadu yang dikhususkan bagi mereka yang mengalami keluhan-keluhan jasmani dan rohani dan ingin dirawat dengan Rawatan Syar’iyyah.
Apa itu Rawatan Syar’iyyah Terpadu?
Rawatan Syar’iyyah Terpadu merupakan kaedah pengubatan yang menggunakan pendekatan selain dari masalah medikal. Dalam pengubatan ini segala kaedah diandalkan dari penggunaan ubat-ubat tradisional tempatan seperti jamu, akar kayu yang sudah dikenali seperti halia, kunyit, hempedu bumi dan sebagainya sehinggalah pada bahan yang dirahsiakan, herba tempatan, homoepathy, reflexology, acupressure, urutan, shiatsu, aromatherapy, water therapy (mandian), akupuntur. Pendekatan lain seperti menggunakan tenaga dalam yang mampu mempercepatkan proses penyembuhan hinggalah menggunakan pembacaan ayat suci Al Quran (Ruqyah) dan do’a tertentu yang diyakini secara spiritual memiliki kekuatan penyembuhan.
Dengan berbagainya kaedah pengubatan ini, memang tidak ada bukti yang tepat untuk dilihat oleh pesakit, tetapi pesakit cukup merasakan proses kesembuhan atas penyakit yang mereka alami / deritai.
Rawatan Syar’iyyah Terpadu menggunakan berbagai kaedah yang relevan sesuai dengan penyakit yang dideritai oleh pesakit. Saya tidak terburu-buru menggunakan pendekatan spiritual, tetapi mengetengahkan proses rasional seperti menggunakan ramuan tradisonal yang sudah dikenal khasiatnya dan rawatan zahiriah seperti melalui tapak tangan, telinga, kaki dan saraf-saraf tertentu.
Saya juga menggunakan pendekatan spiritual yang mengajak pesakit untuk sentiasa dekat dengan Allah SWT. Dengan keimanan yang cukup, maka proses kesembuhan dapat segera terlaksana. Disamping itu penggunaan ilmu-ilmu hikmah yang bersumber pada Al-Qur’an dan Hadis, yang merupakan peninggalan para Wali Allah yang jelas sanadnya (turunannya) dan bukan direka-reka, dipercayai mampu mempercepatkan proses kesembuhan samada penyakit medikal mahupun non-medikal.
Ibn Qayyim al Jauziyah mengatakan:
’Pengaruh sihir hanya pada jiwa-jiwa yang lemah. Oleh sebab itu, yang sering terpengaruh adalah kaum wanita, anak-anak kecil dan orang-orang bodoh. Sebab roh-roh jahat akan aktif beroperasi pada jiwa yang bersedia untuk ia pengaruhi.’ (Zadul Ma’ad, 4/105)
QALBUNSALIM.ORG
QALBUNSALIM.ORG