Wednesday, July 30, 2008

AKUPRESUR

bagi mereka yang takutkan jarum!

Teknik dasar akupresur adalah akupuntur. Hanya sahaja, dalam pelaksanaannya, akupresur menggunakan jari-jari tangan atau benda tumpul lain sebagai perangsang titik-titik yang ada pada tubuh. Maka akupresur dikenali sebagai akupuntur tanpa jarum.

Sama halnya dengan akupuntur, akupresur berasal dari China. Teknik pengubatan itu sudah dikenali masyarakat China sejak pemerintahan Dinasti Shang berabad-abad yang lalu. Di kala itu akupresur hanya digunakan untuk mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Pada zaman Dinasti Tang, akupuntur mulai dikembangkan untuk rawatan kecantikan dan kesihatan kulit terutama kaun hawa. Berawal dari sinilah, teknik akupresur berkembang lebih lanjut hingga sekarang.

SELAMAT

Umumnya, akupunturis dapat melakukan akupresur. Oleh kerana itulah ada setengah akupunturis akan memberi pilihan kepada pesakit samada hendak dirawat dengan jarum atau picitan.

Akupuntur atau akupresur mempunyai peranan yang sama. Kedua-duanya memberi kesan yang sama dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Namun mengikut pendapat Prof. Dr. Hj. Shahrin, akupuntur lebih berkesan daripada akupresur kerana tusukannya menepati titik yang dimaksudkan. Sedangkan akupresur boleh menjadi kurang berkesan bila tekanan yang diberikan tidak mengenai sasarannya.

Kini, ada cara pengubatan mirip akupresur yang dikenali sebagai ’tekan jari’. Bezanya, bila akupresur dilakukan dengan memicit bahagian atau titik yang akan dirawati, tekan jari lebih banyak memberi pukulan kepada titik-titik tertentu. Tekan jari juga menggunakan titik-titik meridian dan titik-titik istimewa. Selain untuk pengubatan, tekan jari lebih banyak digunakan untuk rawatan kecantikan. Bahkan ada istilah yang dipanggil ’tekan aura’ yang menekan titik-titik tertentu untuk membuka aura seseorang agar lebih baik.

TITIK PICITAN

Prinsip kerja akupresur sama seperti akupuntur iaitu melancarkan energi vital atau chi/qi dalam tubuh. Menurut Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman walaupun usaha menjaga kesihatan telah dilakukan, kadangkala gangguan kesihatan masih terjadi samada disebabkan oleh faktor dari tubuh atau sekeliling. Keadaan ini akan mengganggu energi vital tubuh. Jadi, terapi dengan cara merangsang titik-titik yang behubung dengan organ yang sakit dapat melancarkan kembali energi vital.

Ada 3 kesan yang dapat dirasakan sewaktu titik itu dirangsang. Pertama, kesan lokal berada di kawasan titik tersebut. Kedua, titik meridien meliputi seluruh kawasan meridian yang dilintasi titik tersebut. Ketiga, titik organ iaitu organ yang dirangsang.

Agar kesannya maksima, cara penekanannya dapat dilakukan dengan cara tekan putar, tekan titik dan tekan lurus. Dengan tiga cara itu, akpuresuris boleh memilih salah satu atau kombinasinya, bergantung keadaan pesakit. Tekanan pada titik-titik tersebut bukan sahaja mempengaruhi pada organ sakit tetapi ianya juga mempengaruhi mental dan emosi pesakit.

Awalnya, penekanan dilakukan dengan perlahan-lahan dan lembuit. Secara perlahan, kekuatan tekanan ditambah sehingga terasa sensasi yang ringan tetapi tidak menyebabkan terasa sakit. Lama penekanannya adalah 30 saat hingga 2 minit. Itu pun bergantung kepada keadaan dan jenis penyakit pesakit.

Pesakit disarankan menjaga keadaan tubuh biar sentiasa seimbang. Caranya ialah deng menjaga pola hidup, makan teratur serta menghindari faktor sekeliling yang mempunyai kesan negatif seperti terlalu panas atau dingin dan lembap. Pesakit harus rajin beriadhah atau menggerak-gerakkan tubuhnya dan sering berfikiran positif. Dengan cara di atas akan mempercepatkan kesembuhan.

PROF. DR. HJ. SHAHRIN ABD. RAHMAN

No comments: