Rasulullah SAW bersabda: Siwak merupakan kebersihan bagi mulut dan keredhaan bagi Rab. (HR. Ahmad)
Siwak bermakna suatu kayu yang dipakai untuk menggosok gigi. Siwak adalah suatu perkara yang disyariatkan, iaitu dengan menggunakan batang atau semisalnya, yang dipakai untuk membersihkan gigi dan gusi dari kekuning-kuningan dan bau.
Bersiwak adalah termasuk dari bahagian dari sunnah para Rasul, sebagaimana hadis dari Abu Ayyub ra:
"Ada empat hal yang termasuk dari sunnah para Rasul; Memakai minyak wangi, menikah, bersiwak dan malu" (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
Siwak memiliki beberapa faedah yang sangat besar, diantaranya yang paling besar adalah yang telah dianjurkan oleh hadis :
"Siwak itu pembersih mulut dan diredhai Allah" (HR. Ahmad)
Bersiwak adalah dengan menggunakan batang yang lembut dari pohon arok, zaitun, urjun atau yang semisalnya yang tidak menyakiti atau melukai mulut.
Waktu-Waktu Disunatkannya Bersiwak
Bersiwak disunatkan disetiap saat, bahkan ketika berpuasa di sepanjang harinya, dan menjadi sunnah muakadah pada waktu akan beribadah. Adapun waktu-waktu yang disunnahkan secara muakkad untuk bersiwak diantaranya:
1) Setiap akan Berwudhu.
"Kalau bukan kerana akan memberatkan umatku maka akan ku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu'" (HR. Bukhori dan Muslim)
2) Setiap akan melakukan salat.
"Kalau bukan karena akan memberatkan umatku maka akan kuperintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan solat" (HR. Bukhori dan Muslim)
3) Setiap Bangun Tidur.
Adalah Rosululloh jika bangun dari malam dia mencuci dan menggosok mulutnya dengan siwak (HR. Bukhori)
Termasuk tanda kecintaan Nabi SAW kepada kebersihan dan ketidak sukaannya terhadap bau tidak enak, tatkala bangun dari tidur malam yang panjang, yang mana saat itu di mungkinkan bau mulut sudah berubah, maka beliau menggosok giginya dengan siwak untuk menghilangkan bau tidak sedap, dan untuk menambah semangat setelah bangun tidur, kerana termasuk kelebihan siwak adalah menambah daya ingat dan semangat.
4) Setiap akan Masuk Rumah.
Telah meriwayatkan Syuraih bin Hani, beliau berkata: "Aku bertanya kepada Aisyah: Apa yang dilakukan pertama kali oleh Rasulullah SAW jika dia memasuki rumahnya? Beliau menjawab :"Bersiwak" (HR. Muslim)
5) Ketika hendak membaca Al Quran.
Dari Ali ra. berkata : "Rasulullah SAW memerintahkan kami bersiwak. Sesungguhnya seorang hamba apabila berdiri solat malaikat mendatanginya kemudian berdiri di belakangnya mendengar bacaan Al Quran dan dia mendekat. Maka dia terus mendengar dan mendekat sampai dia meletakkan mulutnya diatas mulut hamba itu, sehingga tidaklah dia membaca satu ayat pun kecuali berada dirongganya malaikat(HR. Baihaqy)
Cara Bersiwak
Cara bersiwak tidak ada ikhtilaf antara ulama, bahawa di dalam kitab Syamail Imam Tirmidzi, dalam hadis Rasul saw, bahawa Rasul saw bersiwak dengan kayu araak, dan memulainya dari pertengahan, lalu ke arah kanan lalu ke kiri, demikian diulangi sebanyak 3 X.
Imam Ghazali rahimahullah melengkapi caranya, iaitu meletakkan siwak di jajaran gigi tengah bahagian atas, lalu menolaknya ke arah kanan sampai ke hujungnya, lalu turunkan ke jajaran bawah kanan hujung, lalu menolaknya kembali ke tengah jajaran bawah, lalu kembali naik ke tengah jajaran atas, lalu menolaknya ke arah kiri sampai hujungnya, lalu turunkan ke jajaran bawah kiri hujung, dan menolaknya lagi ke tengah di jajaran bawah.
Untuk mudahnya, anggaplah anda menulis angka lapan yang rebah. Demikian ini untuk perhitungan 1X. Lalu mengulanginya sampai 3X. Inilah cara terbaik. Namun cara apapun juga sudah mendapatkan pahala sunnah.
Sulitkah? Jangan lupa, satu kali anda bertasbih kepada Allah dengan diawali siwak, maka dihitung 70X bertasbih. Salat dengan diawali siwak, akan terhitung 70X salat. Dua rakaat salat tahajjud diawali dengan siwak, maka dihitung 140 rakaat tahajjud. Hebat bukan? Maha Suci Sang Maha Dermawan menempatkan curahan kedermawanannya pada segala hal.(Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa)
Siwak Menurut Medis
Dari penelitian menunjukkan bahawa kayu siwak (Salvadora persica) mengandungi bahan-bahan kimia yang bermanfaat untuk menekan aktiviti mikrobial dan menghambat pertumbuhannya. Penelitian daya hambat kayu siwak (Salvadora persica) terhadap pertumbuhan bakteria Streptococcus mutans yang patogen terhadap mulut, dapat menunjukkan kemampuan kayu siwak sebagai salah satu alternatif zat antibakterial yang memang seharusnya dikembangkan sebagai komoditi oral cleaner device (alat pembersih mulut) yang higenis dan efektif dalam mencegah periodontal disease. Penelitian terhadap Staphylococcus aureus yang merupakan patogen pada saluran pernafasan, kulit dan luka dapat pula menunjukkan bahawa kayu siwak bukan hanya efektif sebagai komponen antibakterial mulut, namun juga efektif sebagai antibakterial yang memiliki spektrum lebih luas.
Tujuh Puluh Kali Ganda
Keutamaan salat dengan memakai siwak itu, sebanding dengan 70 kali salat dengan tidak memakai siwak. (HR. Ahmad)
Bayangkan, di suatu Shubuh Anda keluar menuju masjid. Lalu Anda salat Subuh berjamaah dengan bersiwak terlebih dahulu. Kita tahu bahawa salat Subuh berjamaah pahalanya sama dengan pahala salat sunnah sepanjang satu malam penuh. Jika didahului dengan bersiwak, maka salat Subuh berjamaah kita akan berpahala seperti pahala salat sunnah 70 malam penuh. Sedangkan salat Isya berjamaah tanpa bersiwak sama pahalanya dengan pahala salat sunnah setengah malam. Bagaimana pula jika dengan didahului bersiwak? Dan bagaimana dengan salat-salat lain yang didahului dengan bersiwak? Tentu kita akan meraih pahala yang sangat besar dengan bersiwak.
Jika Anda pergi ke Masjid untuk salat berjamaah di zaman ini, mungkin Anda melihat sedikit sekali di antara jamaah yang bersiwak sebelum salat. Maka ketika Anda bersiwak sebelum salat di zaman ini, bererti Anda telah menghidupkan kembali sunnah Rasul SAW. Dan pahalanya itu seperti pahala syuhada. Setidaknya Anda akan mendapat pahala seperti orang-orang yang mengikuti Anda dalam bersiwak, tanpa mengurangi pahala orang tersebut.

No comments:
Post a Comment