Thursday, January 13, 2011

STRES DAPAT DIKESAN MELALUI MULUT


img


Jika seseorang mengalami stres berlebihan umumnya akan merasakan sakit kepala. Padahal stres berat akan ditandai dengan beberapa gejala seperti gangguan kesihatan mulut dan gigi.


Seperti dikutip dari WebMD, Jumaat (24/12/2010) stres berat dan kecemasan dapat mempengaruhi kesihatan mulut yang mencakup sariawan, menggeretak gigi, tidak sihatnya mulut dan penyakit gigi serta gusi lainnya.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS-ISiUAKAGvwVwnGzqPtNBAWu_vVWCkN6NgoDJF-vL_o6BEqWnleJbPAudNQ
Sariawan(ulcer mulut)
Sariawan di mulut biasanya ditandai dengan luka berwarna putih kemerahan yang muncul di dalam mulut dan kadang boleh timbul beberapa di tempat yang berbeza. Meskipun para ahli tidak yakin apa penyebabnya, tapi kemungkinan akibat infeksi virus atau bakteria kerana ada masalah dalam sistem kekebalan tubuh. Saat seseorang merasa stres atau keletihan akan membuatnya mudah terkena sariawan kerana kekebalan tubuhnya rendah.

Sebahagian besar sariawan hilang dalam waktu seminggu hingga 10 hari dan untuk mengurangi iritasi usahakan menghindari makanan pedas, panas atau yang mengandung asid tinggi.

Menggeretak gigi
Secara tidak sedar saat sedang stres seseorang akan mengepalkan dan menggertakkan giginya siang dan malam hari, padahal kegiatan ini adalah salah satu kebiasaan buruk yang boleh menyebabkan masalah pada sendi temporomandibular (temporomandibular joint/TMJ). Sendi ini terletak di hadapan telinga yang mana tulang tengkorak dan rahang bawah bertemu.

Kesihatan mulut yang buruk
Berada di bawah tekanan yang ekstrim akan mempengaruhi suasana hati yang dapat membuat seseorang melewati kebiasaan merawat kebersihan mulut dan mengonsumsi makanan yang tidak sihat seperti mengunyah makanan manis.


Jika mulut tidak dirawat dengan baik, maka akan mempengaruhi kesihatan mulut dan gigi secara keseluruhan. Keadaan ini akan mengakibatkan penyakit gusi dan meningkatkan risiko gigi berlubang. Padahal menjaga kebersihan diri dan juga konsumsi makanan sihat dapat membantu menghilangkan stres serta meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyakit gusi
Stres boleh menyebabkan peningkatan plak gigi meskipun hanya berlangsung singkat. Jika terjadi dalam jangka waktu panjang stres ini boleh mendorong risiko perdarahan gusi, radang gusi serta penyakit gusi lainnya yang lebih parah. Selain itu stres boleh menyebabkan depresi, dan menurut kajian yang dibuat diketahui pasien yang kemurungan memiliki risiko dua kali lebih tinggi mengalami kegagalan pengubatan yang maksima untuk penyakit gusi.

Kini Stres dapat di rawat dengan menggunakan Ruqyah Syar'iyyah dan Akupuntur. datanglah menemui kami sebelum ianya parah dan akhir akan mengakibatkan berlakunya kecedaraan samada pada diri sendiri ataupun orang lain.

No comments: