Dalam bahasa Arab, bekam dipanggil Hijamah yang berasal dari perkataan Al Hijmu yang bererti menghisap atau menyedut. Dengan demikian, hijamah dilakukan dengan menyedut atau menghisap darah kotor lalu menampungnya dalam gelas kop (al mihjamah).
Kaedah ini pada waktu dahulu telah didominankan oleh orang-orang tua Melayu di kampung-kampung. Hampir setiap kampung ada tukang bekam. Tetapi hari ini amat sukar sekali untuk mencari tukang bekam di kampung-kampung bahkan tiada langsung.
Kini tukang bekam telah diambil alih oleh pakar-pakar profesional di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Bharu yang terdiri dari perawat tradisional atau doktor-doktor yang berkelulusan MD.
Jadi untuk menghidupkan kembali tradisi bekam, Mind Gym Development & Training Centre dengan mendapat kerjasama dari Pusat Rawatan Qalbun Salim yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan telah mengatur langkah dengan mengadakan kursus-kursus bekam bagi yang berminat dari masa ke masa khusus kaedah bekam Melayu Islam Klasik (Clasical Malay Islamic Cupping) yang amat unik yang bercirikan konsep rawatan Islam yang pernah diamalkan oleh Junjungan Rasulullah SAW.
Pada malam aku di Israkkan ; aku telah melalui sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata “Wahai Muhammad ; suruhlah umatmu melakukan hijamah”.(Ibnu Majah Tarmidzi)
Aku diberitahu Jibril bahawa hijamah adalah cara pengubatan paling bermanfaat untuk manusia.(Shahihul – Jami 218)
Dari Ibnu Abbas r.a ; Penyembuhan itu ada dalam tiga hal ; dalam sayatan alat hijamah; minum madu atau sundutan dengan api; Namun aku melarang umatmu melakukan sundutan api.(Riwayat Bukhari)
Dari Jabir bin Abdullah r.a dari Al- Muqanan: ‘Aku tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum diubati dengan hijamah kerana aku pernah mendengar Rasulullah bersabda “ Sesungguhnya di dalamnya ada penyembuhan” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Dari Anas r.a: Sesungguhnya cara pengubatan kalian yang paling baik ialah hijamah dan menggunakan al-qusthulbahri (Sejenis tanaman perlu yang boleh digunakan untuk ubat. Juga dikenali dengan nama Al-Udul –hindi)
Diriwayatkan oleh Anas r.a Rasulullah s.a.w pernah berubat dengan hijamah dan baginda tidak pernah menzalimi seorang pun sehubungan dengan upahnya. (Bukhari 2278, Muslim 1202)
Dari Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w. pernah berubat dengan hijamah dan baginda memberikan upah kepada Penghijamah. Sekiranya baginda mengetahui kemakhruhannya, tentu baginda tidak akan memberikannya. (Bukhari 2276, Muslim 1202)
Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah hijamah (Ahmad ; Asy –Syaikany)
Pengubatan yang paling baik yang kamu lakukan adalah hijamah (Bukhari, Muslim)
KLASIFIKASI HIJAMAH
1. Bekam kering atau bekam angin (Hijamah Jaaffah), berkhasiat untuk melegakan sakit secara darurat atau digunakan untuk meringankan kenyerian urat-urat belakang kerana sakit rheumatik, juga penyakit-penyakit penyebab kenyerian belakang. Bekam kering bermanfaat juga untuk terapi penyakit paru-paru, radang buah pinggang, pembengkakkan liver / radang selaput jantung, radang urat saraf, radang sumsum tulang belakang, nyeri belakang, masuk angin, buasir, dan lain-lain.
Terdapat dua teknik bekam kering yang dapat dipraktikalkan untuk tempat tertentu iaitu bekam luncur dan bekam tarik.
2. Bekam luncur, biasa digunakan untuk pemanasan pesakit, berfungsi untuk melancarkan peredaran darah, pelemasan otot, dan menyihatkan kulit. Kepingan tanduk boleh juga digunakan untuk peluncuran (Kaedah Guasa).
3. Bekam tarik, dilakukan seperti ditarik-tarik. Dibekam hanya beberapa saat kemudian ditarik dan ditempelkan / dilekapkan lagi hingga kulit yang dibekam menjadi merah.
4. Bekam basah (Hijamah Rothbah), iaitu Bekam basah berkhasiat untuk berbagai penyakit, terutama penyakit yang terkait dengan terganggunya sistem peredaran darah di tubuh. Kalau bekam kering dapat menyembuhkan penyakit-penyakit ringan, maka bekam basah dapat menyembuhkan penyakit-penyakti yang lebih berat, akut, kronik ataupun yang degeneratif, seperti darah tinggi, kanser, asam urat, diabetes mellitus (kencing manis), kolesterol, dan osteoporosis.
PENYAKIT –PENYAKIT YANG TELAH TERBUKTI DAPAT DI UBAT MELALUI HIJAMAH
Sakit kepala – biasa, Pening kepala,Migren, Lumpuh separuh badan, Pendarahan otak, Kenjal pangkal paha, Pelbagai sakit pada wajah- gigi, mata, hidung, telinga, Rheumatism, Sakit tulang bahu, Kekejangan, Buasir, Elephantetis, Haid tidak teratur, Tumor dan bonjolan di telapak kaki, Sesak nafas, Dada berdebar-debar, Mata bengkak, Asma, Sembelit, Kencing semasa tidur, Bisul dan ain-lain.
Mind Gym, kami mengajar satu kaedah baru yang bersih dan selamat iaitu dengan menggunakan alat vakum yang suci hama dan tusukan dilakukan dengan jarum lancet yang telah disteril dari jenis pakai buang.
KURSUS BEKAM AKUPUNTUR INOVATIF
Jika anda berminat hendak mempelajari bekam akupuntur, anda bolehlah menghubungi Mind Gym Development & Training Centre / Pusat Rawatan Qalbun Salim di talian 0129819425 atau bolehlah melayari: http://mindgymkursus.blogspot.com
Rasulullah SAW bersabda, "Khairunnas anfa’uhum linnas", "Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment