Saturday, January 17, 2009

TESTIMONI AKUPUNTUR

TATAPLAH TESTIMONI PESAKIT YANG MENERIMA RAWATAN AKUPUNTUR. SETIAP MINGGU, INSYAALLAH AKAN ADA TESTIMONI YANG BARU DAN LAIN DARI YANG LAIN....Bersama ini diperturunkan testimoni beberapa orang pesakit yang menjalani rawatan Akupuntur. Kesembuhan yang berlaku ke atas setiap pesakit adalah Kurnia dari Allah Yang Maha Kuasa dan bukan dari kebolehan yang ada pada Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman:

Utk mendapatkan maklumat lanjut tentang Akupuntur, silalah lawat http://acupuncture2u.blogspot.com

1. Cik Nik (nama samaran)
Cik Nik hendak melangsungkan perkahwinan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana beliau mengalami masalah payudara yang amat kecil bahkan boleh dikatakan tiada langsung payudara sebagaimana yang ada pada kebanyakan wanita.
Dia telah datang ke Pusat Rawatan Qalbun Salim dan berjumpa dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin dan Prof. Dr. Hj. Shahrin telah menggunakan kaedah baru dalam rawatan akupuntur dimana setelah menjalani 3 kali rawatan, payudaranya telah membesar. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin

2. Puan Wati (nama samaran)
Puan wati telah menjalani 2 kali pembedahan untuk membuang cyst dan fibroid di perutnya dalam masa 3 tahun. Walaupun pembedahan telah berjaya membuang cyst dan fibroid namun pada tahun 2008, penyakit timbul kembali.
Setelah diyakini oleh beberapa orang kawannya, Puan Wati bersama suaminya datang ke Pusat Rawatan Qalbun Salim dan berjumpa dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin.
Pemeriksaan telah dilakukan dan Puan Wati telah bersetuju untuk melakukan akupuntur. Dengan menggunakan kaedah Kurapuntur (kaedah terbaru)sebanyak 5 kali, beliau telah bebas dari masalah cyst. Beliau juga telah diberikan herba Gurah Vagina untuk membantu dan mempercepatkan proses pengecutan cyst dan fibroid. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin

3. Puan Suliati (nama samaran)
Beliau telah mengalami stroke pada Disember 2008 dan telah dirawatan sebuah hospital pakar swasta di Kota Bharu. Pihak pakar hanya dapat memberikan ubat sahaja. Setelah beberapa hari dirawat, Puan Suliati telah dibenarkan keluar dari hospital. keesokan harinya beliau datang ke Pusat Rawatan Qalbun Salim bersama dgn suaminya dengan dipapah oleh anaknya dan beberapa orang keluarganya. Prof. Dr. Hj. Shahrin telah membuat diagnosis melalui lidah, mata dan gerak rasa hati. Didapati Puan Suliati lumpuh sebelah kanan di mana tangan dan kakinya tidak dapat bergerak.
Rawatan Akupuntur diberikan selama 40 minit dan Puan Suliati diminta untuk mengulangi rawatannya selang sehari.
Pada hari kedua, dengan penuh gembira, suami Puan Suliati masuk kekamar Prof. Dr. Hj. Shahrin dan memberitahu bahawa kaki kiri isterinya sudah boleh bergerak bahkan boleh diangkat.
Setelah menjalani rawatan beberapa kali, kali ini bahu dan tangan kirinya sudah boleh bergerak dan diangkat.
Kini Puan Suliati masih lagi dalam rawatan.
Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin

4. Mak Cik Rosmah (nama samaran)
Sakit sendi dan saraf sekian lama sehingga beliau tidak dapat bersolat secara berdiri. Beliau terpaksa bersolat secara duduk dan tidak boleh ke masjid untuk solat 5 waktu dan juga solat Tarawih. Kebetulan dalam bulan Sya'ban 1429 (2008), beliau telah bertemu dengan prof. Dr. Hj. Shahrin di Pusat Rawatan Cemara Emas, Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Setelah didiagnos, lalu Prof. Dr. Hj. Shahrin menjalankan rawatan akupuntur pd titik-titik Distall di badan Mak Cik Rosmah. Slps Raya Aidil Fitri, Mak Cik Rosmah bertemu kembali dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin dan memberitahu bahawa dia telah dapat bersolat tarawih sebanyak 20 rakaat setiap malam sepanjang bulan Ramadhan. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin

5. Puan Norzila Ramli (nama samaran)
Mengalami masalah sakit2 pada sendi dan kedua belah tangannya berpeluh dan terketar2. Setelah dijalankan rawatan akupuntur pd titik Distall, kesakitannya telah beransur pulih. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin

6. Ramli Hussin (nama samaran)
Seorang penagih dadah dan berazam hendak berhenti dari ketagihannya dan ingin kembali sihat seperti dahulu. Sebanyak 3 kali rawatan dilakukan ke atas diri nya dengan gabungan rawatan Bekam dan mandian, akhirnya beliau telah mengakui bahawa beliau telah pulih sepenuhnya. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin

7. Fakrul Sham (nama samaran)
Mengalami masalah hidung tersumbat dan kadangkala susah hendak bernafas. Beliau telah berjumpa dengan Prof. Dr. Hj. Shahrin dan setelah pemeriksaan dijalankan didapati bahawa beliau mengalami masalah Resdung yang teramat kuat. Dengan hanya sekali rawatan sahaja, masalah hidung tersumbatnya berkurangan. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin

8. Puan Rohani Kassim (nama samaran)
Mengalami masalah kedatangan haid tidak berhenti selama 4 bulan. Badan beliau lemah dan tidak bermaya. Muka kelihatan pucat. Prof. Dr. Hj. Shahrin telah menjalankan pemeriksaan dan seterusnya melakukan tusukan akupuntur pada beberapa tempat di bahagian perut. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin, selepas 1 jam rawatan, haidnya berhenti sehingga kini tanpa perlu memakan ubat medikal.

9. Ramlan - 18thn (nama samaran)
Mengalami masalah tangan berpeluh yang teramat serius. Peluh sentiasa keluar dari tapak tangannya sehinggakan kertas dan pakaiannya basah apabila tersentuh. Ini amat menyukarkannya untuk menduduki peperiksaan kerana kertas yang dipegangnya akan basah teruk. Rawatan pertama kali telah dibuat pada pertengahan tahun 2008 dan ternyata sembuh. Oleh kerana kesibukan ibubapanya, Ramlan tidak datang untuk rawatan susulan. Penyakitnya kembali setelah hampir 9 bulan tapak tangannya kering normal. Beliau datang kembali untuk menerima rawatan untuk kedua kali dan kini penyakit sembuh 100%. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin.

10. Ust. Muhammad (nama samaran)
Hampir terkena stroke sewaktu mengajar kitab akibat dari tekanan darahnya meningkat. Beliau terpaksa bersolat sambil duduk dan tidak dapat mengimami jemaah. Setelah diberikan rawatan kecemasan pada titik akupuntur, badannya mulai berpeluh dan merasai kelegaan yang teramat sangat. Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin beliau boleh memandu keretanya pulang.

UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TENTANG AKUPUNTUR DAN TESTIMONI YANG LEBIH POWER, SILA LAWAT http://acupuncture2u.blogspot.com

Alhamdulillahi Rabbil 'Aalamiin. Setakat ni sudah ramai pesakit yang semakin mempercayai dengan rawatan Akupuntur yang dijalankan oleh Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman. Beliau akan berada di Kuala Lumpur dan Shah Alam setiap sebulan sekali. Sekiranya sesiapa yang hendakkan rawatan dari beliau, silalah hubungi 0129819425/097745200/0129086425 utk membuat temujanji.

No comments: